Pengalaman baharu buat pengguna Gopher_(protokol)

Tapak Gopher yang dipaparkan dengan pelayar Lynx

Laporan sezaman [7] memberikan gambaran bagaimana para pengguna mengalami atur cara semasa ia mula-mula dikeluarkan menyatukan beberapa sumber dan menjana apa yang disebut Gopher space ("ruang gopher").

Dengan skrin yang memuatkan 25 baris 80 aksara hijau (pada masa itu tiada grafik) pengguna mendapat menu berhierarki. Menu tahap teratas mungkin mengandungi jabatan-jabatan dan penerbitan-penerbitan (misalnya, akhbar kampus) universiti yang mengendalikan Gopher sebagai satu cara mengedar dokumen secara elektronik, sekurang-kurangnya kepada masyarakat kampus.

Jaringan Sejagat menambah grafik pada teks, akan tetapi kehilangan menu. Ia mengambil masa yang agak panjang bagi kuasa pengkomputeran -- lebar jalur seribu kali lebih berkuasa daripada (MODEM 9600 baud ke optik gentian), tatasusun cakera yang seribu kali lebih besar (1 GB sehingga lebih daripada 1 TB) dan pelayan murah (CPU yang seribu kali lebih berkuasa) -- bagi membolehkan pengguna Internet sekarang untuk melayar sesawang dan bagi enjin gelintar untuk mengkatalogkan kandungan Web.

Sokongan Natif Gopher

PelayarDisokong kiniDisokong dariDisokong sehinggaNota
CaminoYa1.0semasaMengguna port 70.
ClassillaYa9.0semasaBerkod keras ke port 70 dari 9.0–9.2; port senarai putih dari 9.2.1.
cURLYa7.21.2 (Oktober 2010)semasacURL ialah utiliti pemindahan garis perintah
ELinksBeta[8]Opsyen bina
EpiphanyTidak2.26.3Dilumpuhkan selepas bertukar ke WebKit
GaleonYasemasa
Google ChromeTidak[9]tidak pernahSebuah tambahan terdapat, tetapi perlu ditulis semual bagi versi Chrome semasa.
Internet ExplorerTidak16.0IE 6 SP1+ and IE with MS02-047 memerlukan tampung pendaftaran.[10] Mengguna port 70.
Internet Explorer for Mac (dihentikan)Tidak5.2.3PowerPC sahaja
K-MeleonYasemasa
KonquerorPluginkio_gopher
lftpYa?semasalftp ialah program pindahan garis perintah
libwwwYa1.0c (Disember 1992)semasalibwww ialah API buat aplikasi Internets
Line Mode BrowserYa1.1 (Januari 1992)semasa
LynxYasemasaSokongan lengkap
Mozilla FirefoxAddon03.6Mengguna port 70. Sokongan dalaman dihentikan semenjak Firefox 4.0;[11] dapat dipasang semula dengan OverbiteFF.
Netscape Navigator (dihentikan)Ya?9.0.0.6
NetSurfTidakSedang dibangunkan, berdasarkan pengambil cURL.
OmniWebYa5.9.2 (April 2009)semasaPelayar WebKit pertama yang menyokong Gopher[12][13]
OperaTidaktidak pernahOpera 9.0 memuatkan kebolehan proksi
PavukYa?semasaPavuk ialah perisian cermin web (muat turun rekursif)
SafariTidaktidak pernah
SeaMonkeyAddon1.02.0.14Mengguna port 70. Sokongan dalaman dihentikan bermula dengan SeaMonkey 2.1; serasi dengan OverbiteFF.

Pelayar-pelayar yang tidak menyokong Gopher secara natif masih dapat mencapai pelayan dengan menggunakan get laluan Gopher ke HTTP.

"Plugin" Gopher bagi pelayar

OverbiteFF memanjangkan pelayaran Gopher buat Mozilla Firefox dan SeaMonkey. Plugin ini menyediakan sokongan bagi pencapaian pelayan Gopher yang tidak berfungsi melalui port 70, dengan menggunakan senarai putih, dan juga memuatkan sdokongan buat |pertanyaan CSO/ph; ia juga membolehkan versi-versi Firefox dan SeaMonkey yang tidak menyokong Gopher secara natif untuk mencapai pelayan-pelayan Gopher. Plugin juga terdapat untuk Konqueror[14] dan sambungan berlandaskan proksi bagi Google Chrome.[15]

Pelanggan Gopher buat peranti bimbit

Awal tahun 2010-an menyaksikan minat baharu terhadap pelanggan Gopher buat telefon pintar. Overbite, pelanggan sumber terbuka buat Android 1.5+ dikeluarkan dalam tahap alpha pada tahun 2010.[16]

PocketGopher juga dikeluarkan pada tahun 2010 bersam-sama kod sumbernya bagi beberapa peranti serasi JavaME. iGopher dikeluarkan pada tahun 2011 sebagai perisian propietari buat peranti iPhone dan iPad.

Protokol

Protokol Gopher mula-mula diperikan dalam RFC 1436. IANA memberikan port 70 TCP kepada protokol Gopher.

Protokol ini mudah untuk dilepasi, dan membolehkan pelayaran tanpa menggunakan pelanggan. Sesi Gopher standard kelihatan begini:

/Reference1CIA World Factbook     /Archives/mirrors/textfiles.com/politics/CIA    gopher.quux.org 700Jargon 4.2.0   /Reference/Jargon 4.2.0 gopher.quux.org 70      +1Online Libraries       /Reference/Online Libraries     gopher.quux.org 70     +1RFCs: Internet Standards       /Computers/Standards and Specs/RFC      gopher.quux.org 701U.S. Gazetteer /Reference/U.S. Gazetteer       gopher.quux.org 70      +iThis file contains information on United States        fake    (NULL)  0icities, counties, and geographical areas.  It has      fake    (NULL)  0ilatitude/longitude, population, land and water area,   fake    (NULL)  0iand ZIP codes. fake    (NULL)  0i       fake    (NULL)  0iTo search for a city, enter the city's name.  To search        fake    (NULL) 0ifor a county, use the name plus County -- for instance,        fake    (NULL) 0iDallas County. fake    (NULL)  0

Di sini, pelanggan sudah membuat sambungan TCP dengan pelayan melalui port 70, port piawai bagi Gopher. Pelanggan kemudiannya menghantar "string" diikuti carriage return (kepulangan penyorong) "CR" dan line feed (baris baharu) (yakni, jujukan "CR + LF"). Ini merupakan pemilih yang mengenal pasti dokumen yang perlu diambil. Pelayan kemudiannya menjawab permintaan dengan menyediakan item yang diminta dan menutup sambungan. Mengikut protokol, sebelum sambungan itu ditutup, pelayan harus menghantar tanda titik noktah (yakni, aksara titik) pada barisanya tersendiri. Namun, seperti dalam kes ini, bukan semua pelayan yang mematuhi bahagian protokol ini dan pelayan boleh menutup sambungan tanpa memulangkan tanda titik terakhir.

Dalam contoh ini, item yang dihantar pulang ialah menu gopher, sebuah direktori yang terdiri daripada jujukan baris yang setiap satunya memerikan item yang dapat diambil. Kebanyakan pelanggan akan memaparkan item-item ini sebagai pautan hiperteks, dan dengan itu membolehkan pengguna untuk melayari ruang gopher dengan mengikut pautan.[5]

Rujukan

WikiPedia: Gopher_(protokol) gopher://gopher.docfile.org/1/world/monitoring/upt... http://books.google.ca/books?id=A1UoH2vGKE8C&pg=PA... http://books.google.ca/books?id=bUJGenHGNdQC&pg=PA... http://arstechnica.com/open-source/news/2010/07/ov... http://arstechnica.com/tech-policy/news/2009/11/th... http://exebeche.com/iGopher http://gopher.floodgap.com/gopher/gw?a=gopher://go... http://gopher.floodgap.com/overbite/ http://gopher.floodgap.com/overbite/d?android http://gopher.floodgap.com/overbite/relevance.html